Sabar Dalam Berdoa
”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
Jangan Sombong
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Allah S.W.T berfirman: 'Kemulian ialah serban-Ku dan kesombongan ialah sarung-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dalam Kedua-dua sifat itu, nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka"
"Allah S.W.T berfirman: 'Kemulian ialah serban-Ku dan kesombongan ialah sarung-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dalam Kedua-dua sifat itu, nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka"
3 AMALAN AGAR MUDAH DIHISAB DI AKHIRAT & MEMBAWA KE SYURGA
Nabi saw bersabda:"Barangsiapa ada pdnya 3 perkara,nescaya Allah menghisabnya dengan hisab yg mudah & mmasukknnya ke dalam syurga dengan rahmatNya.1. memberi pertolongan kepada org yang tak mahu menolongmu.
2. myambung silaturrahim dengan orang yg memutuskan silaturrahim denganmu.
3. memaafkan org yg mnzalimimu.
Ujian Penghapus Dosa
"Tidaklah seorang Mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengan nya Allah akan menghapuskan sebahagian dosanya"
Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Jangan membangga Diri
"Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain".
0 comments:
Post a Comment