My Rainbow Dreams

Just Blogger Templates

29 November 2011

aduhai ! untunglah !

hello lagi sekali ! hekhek ! now lets talk about movie ! ni pasal movie yang dibuat daripada jalan cerita sebuah novel & novel ni sangatlah best ! laaayaaannn habis ! wakaka ! novel dia sambung-sambung & aku dah baca tiga-tiga sekali,memang peminat setia nehh  :P  ni dia tiga-tiga novel tu.taaadaaa !!

alamak ! saya copy & paste je nihh ! sorry ! :) 

memang best gila walaupun kadang-kadang agak bosan,yelah cerita ni bila dia banyak sangat sambungan dia jadi meleret-leret but so far okay la ! aku bagi 5 bintang tuk pertama punya & 4 bintang untuk kedua & ketiga ! HAHA (macam pendapat aku ni penting sangat kan sampai nak bagi rate bagai :P) tapi bila buat movie ni mesti lagi best kan? tapii..tapii..tapiii..jap lagi aku sambung,now nak post gambar movie lak ! hehe *copy paste jugak  -.-  

alahaiii..mesti best kan? tapi malangnyaaa nasib aku yang tinggal di Terengganu ni takde wayang yang berdekatan ! tension gilaaa kan? memang ada wayang kat Terengganu tapi dekat daerah lain,sape nak layan aku drive semata-mata nak tengok movie ni?! huh ! memang taakkk ler kan orang nak layan aku !  -.-  waaa ! please la buat satu panggung kat sini,dekat sikit,tak payah drive jauh-jauh semata-mata nak tengok wayang ! hhmmm..redo jelahh,dah nasib badan nak buat canee  -.-  okaylah,sekian,terima kasih.

azam 2012.

hehee tadi tetiba je tersebut pasal azam so sekarang nak cakap pasal azam.selama ni aku hidup,18 tahun,tak pernah pun azam aku 100% tercapaii ! eerrkkk  -.-  aku ni memang apa pun tak boleh kan  -.-  tapi tahun depan,2012,insyaAllah & aku nak sangat-sangat laksanakan semua azam aku.ni dia antara azam-azam aku !

  1. nak jadi hamba Allah yang lebih baik.
  2. nak jadi anak yang lebih baik.
  3. nak jadi pelajar yang lebih baik.
  4. nak jadi insan yang lebih baik.
tak perlu la aku nak sebut satu-satu kan azam aku secara detail ! ni aku sebut yang major ajee..so,harap-harap aku boleh la buat sungguh-sungguh supaya azam-azam aku ni tercapai ! insyaAllah  :-)

saya cemburu.

helloww !! kali ni korang tahu aku jealous apa pulak?! aku sangatlah jealous tengok orang kurus ! nak kurus jugak tapi makin hari makin banyak aku makan  :(  hhm nak buat cane ni? saya tak nak badan saya jadi cam belon ! saya bukan nak kurus kering sampai tinggal tulang tu tapi nak maintain la,nak berat badan yang ideal !! ishh adakah akan jadi azam 2012? gulp !  -.-

28 November 2011

LOL :D

baik,beriman,educated,low pofile,sedap mata memandang..

eeerrrkkkk !! kat mana nak cari?!

HAHAHAHAHAHA :PPP

dendam.

aku cuba untuk tidak menyimpan dendam pada mu tapi apakan daya? aku manusia biasa.nak tengok muka pun rasa benci sangat.tak boleh hadap la muka dia tapi aku takkan balas sebab aku tak reti camna nak balas kat dia,aku tak tahu cara apa yang patut aku guna,so aku rasa biar Allah jelah yang balas perbuatan dia ! i'm sorry tapi bagi aku dia sangatlah keterlaluan tapi aku akan cuba buang perasaan ni..aku akan cuba & perbuatan dia tu biarlah Allah yang balas tu pun kalau betul la dia bersalah tapi sungguh aku cakap aku tak boleh tengok dia,i'm sorry.

hey you !

please don't you ever hurt him? please.....

eerrrrkkkk -.-

heheee sape layan cerita ni? arghhh now tak suukaaaa dah tengok  :(  ntah pape la si Azmi tu ! kesian dekat Zikir ! mesti aku stress lepas ni layan cerita ni ! huksss !  -.- 

Happy Birthday !

err ni ke gambar terbaikk? errrkk tak kisah la.post kali ni nak wish HAPPY BIRTHDAY je ! May Allah oweys bless him ! lotsa love ! xx

apa nak jadi?

heyahhhh ! nak update blog tapi cam biase la aku,takde idea ! banyak yang merapu je ! hhmm tapi nak citer sikit la pasal hidup aku hari ni.semalam aku study PP then tetibee tertido tapi tido pun kejap-kejap jee ! tapi tak tahu la lepas subuh tadi aku duk try sambung tido tapi tak dapat  -.-  arghhh ! nak tidooooooooo !!  0_o  tetiba rasa mata jadi camni dah ! haiyaaaaa  =.=  

27 November 2011

geli geli geli -.-

eee !!! geli geli geli ! aku tak boleh tengok la ulat,rasa geli sangat ! eee !!

permulaan baru.

START FROM NOW !

parut.

hello ! dah start dah post yang emo aku.HAHA.sekarang aku nak cakap pasal parut.cam takde topik langsung kan? HAHA tapi semalam la tiba-tiba terpandangkan parut kat jari aku ni yang kena kaca masa aku kecik-kecik dulu,aku pun tak ingat masa tu umur aku berapa tapi tak sekolah lagi la rasanya,dah lama benda tu berlaku tapi parut tetap ada & kekal di situ.so,sekarang aku tertanya-tanya jugak lah,cane dengan luka di hati? luka yang akan tinggal parut,err akan kekal ke parut tu? hhmmm..ada ubat tak nak bagi hilang luka & parut di hati? HAHAHA okay enough ! ni dah terlebih emo pulak,sebelum aku lebih-lebih baik aku stop ! okayy byeeee :DD

benci.

hye ! korang benci tak pada sesape yang nak duit datang tergolek depan mata or nak tunggu duit turun daripada langit? erghh ! aku sangatlah benci orang camni.act,bukan benci mereka tapi perangai yang camni.bagi aku,usaha la kan.jangan harapkan rezeki datang bergolek depan mata,sampai bila? memang la rezeki Allah yang bagi tapi kalau takde daya usaha cane nak dapat kan? huh ! bila la nak berusaha sikit.sorry,bukan nak kutuk ke apa ni tapi kadag-kadang meluat tengok orang yang berperangai camtu.

jealous !

hello people ! sekarang kan saya memang tak puas hati gila dengan kawan saya sendiri,cemburu sangat ! sangat-sangat laaa cemburu sebab..hhmmm..sebab yang sangat tak munasabah okay tapi biarlah nak jealous jugak ! tak kiraaa ! sebab ADI PUTRA my favourite actor follow dia dalam twitter ! nak di follow jugak  :(  hhmm sedih la camni kan? uwaaaaaa  :'(  sooo to my beloved friend tu,aku dah janji kan? Adi Putra follow aku,aku belanjaaaa ais krim gorengggg ! :DD muahahaaa :D

26 November 2011

jangan lupa jasa orang.

hye ! Nada Cinta dah habis so nak sambung update blog  :)  errrkkk ni berdasarkan pemerhatian aku kat manusia-manusia je.kenapa mudah sangat lupa jasa orang? yelah sebab dah berjaya? sebab ada duit sikit sekarang? ishh entah la,hati ni memang menyampah+tak suka orang camni.tapi biarlah dia,aku ni siapa la nak menghukum.mintak-mintak dia berubah & ingat sikit jasa orang tu kat dia selama ni.jangan jadi lupa diri sangat dengan kejayaan yang tak seberapa pun.okay,assalamualaikum.

25 November 2011

cool day.

hello readers.hari ni kan tak tahu la nak cakap cane tapi memang best la kot ! aku bangun agak lambat hari ni,bukan agak tapi memang lambat la ! then bangun tu tanya bro aku dia cakap mama aku pergi KB ! aku dalam hati jangan cakap la,entah kenapa rasa cam sebal jee !  -.-  pastu abang aku pun nak kuar,sedara aku yang duk depan rumah ni pun takde so aku cam 'wataheck?! aku sorang-sorang kat rumah la ni?' aku pun dengan tension call Amy ajak kuar ! dalam hati masa tu tak kira ayah aku bagi ke tak naik motor,aku tak kisah dah,yang aku tahu aku nak kuar+perut lapar lagi wehh ! then Amy kata dia dah tak mau dah sebab cuaca tak menentu ni,Amy paksa gak aku drive ! aku ni fikir dua kali ni,nak drive ke tak nak,tahu jelah aku ni,PENAKUT !  -.-  tapi sebabkan perut yang lapar & rasa nak memberontak nak kuar,aku kuar jugaklah ! masa first time tu memang nervous gilaa ! bayangkan sebelum ni aku drive mesti ada orang tepi aku,tak pernah sorang-sorang tapi hari ni aku beranikan diri aku.pergi ambik Amy then pergi Zee Corner !  :DD

Kat Zee Corner tadi memang sikap tamak aku sangatlah TERSERLAH okay.aku order chicken chop+ais krim goreng+tea'o peng ! konon lapar sangat la tu sampai order camtu last-last ambik kauu ! Chicken Chop pun tak habis,ais krim goreng jangan kata,lagi la tak habis.bagi aku,ais krim kat pantai lebih best kot  :P then tunggu Ang & Ijat datang,dekat pukul 7 jugak la baru balik ! heehee  :) thanks to Amy jugak la yang memaksa aku tadi tapi aku rasa berani pun sebab faktor lain yang mendesak jugak ! yelah dengan duk sorang-sorang,perut lapar lagi so takkan nak duk rumah kan,tu yang aku beranikan diri drive & alhamdulillah semuanya smooth sahaja ! so,adakah lepas ni aku akan drive sorang-sorang lagi? adakah aku berani kalau takde pape yang mendesak aku? errrrkkkk  -.-  okay,tu je untuk post kali ni.assalamualaikum.

24 November 2011

sangatlah stress.

hello ! malam ni kembali berblogging lagi.so camne hidup sesiapa yang membaca blog aku hari ni? okay tak? hidup aku sedikit stress la 2,3 hari ni.banyak berfikir agaknya aku ni.aku bukan fikir apa sangat pun tapi aku fikir 'MACAM MANA CARANYA NAK STABILKAN CARA TIDUR AKU BALIK'.ni lah salah satu aku BENCI bila cuti sekolah,jangan ingat cuti panjang ni best sangat.yes,best tu tetap ada tapi ada jugak keburukan dia.mungkin kena kat aku jelah kot 'buruknya' cuti lama-lama ni.ni lah dia keburukan dia,pasal TIDUR.bila cuti je kan,masa tidur aku memang automatik jadi tak menentu ! ohh aku tak suukaaaaaa !! kalau sekolah,hidup kita macam ada perancangan la,okay,bukan sekolah je tapi bila kita ada satu kerja or something yang kena buat.faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni? ni bila cuti panjang-panjang,asyik TIDUR je kerja aku.bila siang kita bangun lambat,means malam automatik tidur lambat,aku biasanya sekarang lepas Subuh baru tidur.aku tension la weh,nampak cam takde life je ! nampak cam tak terurus langsung hidup camni ! aku fikir nak cover study lagi cuti ni,tu pun baru je sentuh sikit-sikit sebab entah la,terlalu banyak buat benda yang tak penting daripada buat benda yang lebih penting.tu la aku bencinya cuti.Ya Allah,mintak-mintak aku boleh berubah tapi aku sendiri yang kena ubah sebab orang lain tak dapat diri aku.InsyaAllah.okaylah,terima kasih sudi membaca.assalamualaikum !

23 November 2011

apa yang aku cari?

err assalamualaikum.tu ke tajuk terbaik yang aku boleh dapat? er lantak la,aku pun takde idea gak ni  -.-  sebenarnya post aku kali ni pun aku tak tahu nak cakap apa.fikiran rasa cam tak betul je,rasa serabut je.semuanya sebab DIA.ye DIA,hamba Allah yang tak habis-habis susahkan mental & emosi aku walaupun dia tak tahu benda tu.aku tak salahkan dia pun sebab dia pun tak tahu benda ni.sekarang ni,aku yang bermasalah ! masalah yang tak tahu sampai bila akhirnya.kadang-kadang bosan jugak la,ni yang orang kata 'jauh di mata tapi dekat di hati'..dekat sangat la kot sampai sekarang tak dapat lupa lagi ! haihh  -.-

tapi kadang-kadang bila kita tak dapat apa yang kita nak dalam hidup ni,tu buat kita berfikir tentang hidup ini.dan yang paling penting,bila kita diuji,tu buat kita makin dekat dengan KHALIQ kita kan? kalau happy je memanjang,takut TERlalai pulak,aku dah pernah rasa kot so bila susah ni,rasa lebih matang & banyak berfikir tentang hidup ni yang bukan selalunya indah.aku pun sebenarnya masih tercari-cari kasih & cinta yang betul-betul cinta,yang betul-betul kasih iaitu cinta yang hakiki,yang kekal abadi.Cinta yang dapat tolong aku nanti,bukan 'cinta' yang melalaikan aku.aku manusia biasa,tak sempurna.terus-terus saja buat dosa walaupun selalu kata tak mahu buat.aku takut aku tak dapat cinta yang aku nak tu,cinta yang hakiki.tapi aku akan teruskan mencari 'cinta' itu & semoga kita semua mendapat cintaNya.insyaAllah.

kadang-kadang cemburu melihat mereka yang selalu dapat keuntungan dalam hidup.tapi kadang-kadang aku tertanya-tanya gak,patut ke aku rasa macam tu? kita tak tahu apa akan jadi kat kita kan? apa nasib kita masa akan datang kan? hidup ni cam roda.sekejap kita di atas,sekejap kita di bawah jadi jangan berbangga sangat dengan apa yang kita ada sekarang.cuma aku nak cakap 'dia' seorang yang bertuah,bertuah sangat OR patut ke aku sebut UNTUNG? seorang yang sangat beruntung ! sometimes aku rasa hidup dia SEMPURNA.tapi betul ke SEMPURNA? okay,aku dah cakap keling dah.ni lah bila otak pun dah pening,apa aku mengarut pun tak tahu la.kadang-kadang aku sendiri tak tahu apa perasaan aku,betul,memang aku tak tahu.aku tak tahu apa yang diri aku nak,aku tak faham apa yang hati ni rasa.jadi aku serah semuanya kat KHALIQ aku sebab DIA tahu apa yang terbaik untuk aku.biarlah DIA yang guide aku ! biarlah aku ikut perancangan DIA ! biarlah aku bersabar atas semua yang jadi kat aku sekarang sebab DIA lebih tahu.  :')

readers,mungkin korang akan anggap aku ni over sangat kan berkata-kata tapi tak tahu la,aku ikut hati je ni.so,kalau rasa aku mengarut,rasa meluat baca ni,tak payah baca ehh? harap sangat-sangat tak payah baca.lagipun aku tak kisah kalau blog aku ni takde orang baca,yang penting apa aku nak luah,aku dapat buat.tu je.okay,terima kasih. :)

21 November 2011

saya suka diaaa !

hihihii dah start dah merapu aku ! sekarang dah citer siket,aku ni tak suka cerita korea,K-Pop ke apa sume ni,aku bukan salah satu yang minat mereka ! (peminat K-pop,janagn marah tau,masing-masing ada minat kan) tapi ada 1 drama korea yang aku tak puas tengok sampai sekarang ! sekarang ni tengah fikir rasa nak beli drama ni sebab bagi aku cerita dia best+lawak+hero & heroin dia handsome & cantik ! suka aku tengok ! :D apa kata aku post gambar dulu,nanti kita sambung lagi ! huehuehuee

sekarang ni dia makin handsome ! body makin tough lepas dia balik dari kem apa entah (sumber gossip) HAHA tapi aku tak tahu movies apa lagi ada muka dia,yang aku tahu My Girl je sebab dalam drama tu memang best tengok dia !  ^_^  errkkk sorry guys kalau rasa memang merapu gilaaa ! okay,sekian terima kasih.

haippppp !

assalamualaikum semua ! sekarang saya tengah kebosanan ni & seperti biasa la,blog kesayangan yang menjadi tempat aku meluahkan.untung ada blog ni,kalau tak,tak tahu nak tuju kat mana  :P  errrr sebenarnya tak tahu jugak nak story apa ni,cam biasa la aku,bukan ada benda-benda penting pun,merapu je lebih ! HAHA okay-okay apa kata aku story pasal mimpi aku semalam ! masa aku terjaga tu kan,aku cam 'ehh aku mimpi jumpa **** semalam' cam tak percaya pun ada gak ! tapi kan best kalau mimpi tu jadi kenyataan :P saya nak jumpa betul-betul la lepas ni :D favourite saya tu ! HAHAHA ni la orang yang aku mimpi semalam :DD tadaaaa !

HAHAHA mimpi jumpaa FIZO OMAR ! kikikii :PP

19 November 2011

hello readers !

assalamualaikum ! saja nak story tadi kan...aku hampir ditahan polis tapi Allah masih sayangkan aku la agaknya ! -.- act,story dia camni,petang tadi aku keluar jap nak pergi test power aku then beli lens,pastu masa kereta dah gerak dah,cari P satu lagi tak jumpa,aku pun cam 'ikutlah,mintak-mintak Allah pelihara jelah' sebab dah tengah jalan dah,lagipun aku fikir mungkin satu P tu okay la kot.sepupu aku cakap 'ehh takpe ke?dah la hari ni Sabtu,mungkin banyak road-block' erkkk jumaat,sabtu sama je kan? suka ada road-block hari-hari cam gini.aku pun buat bodo jelah sebab dah tengah jalan & aku yang masih P ni bawak so nak buat cane lagi? lepas traffic light nak ke sekolah agama Khariah tu,ambik kauuuu !! ada ROAD-BLOCK ! aku ni dalam hati jangan kata la memang dah gabra+takut+nervous+menggelabah bagai+macam-macam lagi then cousin aku cakap 'wat biase je,wat rilek je' then aku pun buat-buat cool la ni.padahal dalam hati hanya Allah yang tahu cane perasaan aku.tetibe bila dah dekat dengan kereta aku ni,polis suruh kereta depan aku ketepi ! aku lagi la menggelabah ! ingatkan dia tahan motor je tapi kenapa kereta kena sama?! <-- ni la ayat yang duk main-main dalam hati aku masa tu.last-last dengan muka yang paling tenang KOT & yang paling cool la agaknya lalu depan abang polis tu then dia tengok aku then dia lepas ! aku memang lega gila-gilaaaa !! masa tu baru aku tahu dia tahan kereta depan aku sebab cermin gelap & tetiba aku teringat cermin kereta aku pun gelap jugak tapi masa depan polis tadi aku memang lupa terus pasal cermin pe sume,yang aku tahu pasal P je ! tapi syukur-syukur sangat-sangat tak kena tahan,kalau tak tak tahu la nak buat lesen aku cane ! -.- thank you Allah & thank you abg polis ! HAHA :P

17 November 2011

saya sayang mereka ! tanpa mereka saya rebah ! - part 2

saya tak memilih :-)

heelo & salam.kali ni aku kembali lagi  :-) post kali ni berkaitan kawan lagi  :-) just nak cakap yang aku ni jenis suka berkawan ! aku tak suka pilih-pilih kawan ni,selagi orang tu ngam dengan aku,yes ! aku akan berkawan dengan sesape je ! aku benci orang yang berkawan ni memilih.tengok rupa,harta banyak mana ! huh ! phewww -.- bukan kekal pun,teman-teman camtu sekadar tuk masa senang je,kawan masa susah,entahlah,susah sebenarnya nak cari but i'm so grateful ! aku dah jumpa dengan mereka yang tunjuk susah senang dia dengan aku ! thank you  :-) 

Asma Amirah.

minah ni kan selalu je buat aku geram+sebal ! sangat susah nak jumpa dia,aku pun tak tahu cane dia sekarang sebab dah lama sangat tak jumpa dia ! tukar nombor pun bukan nak bagitahu kawan kan?  :(  errkkk apa yang boleh aku cakap pasal sikap dia,dia okay je & baik je,boleh berkompromi dengan orang lain & sometimes agak matang dalam memberi pendapat.okay,tu jelah kot.sekian,terima kasih.

Rabiatul Adawiyah.

dia ni panggil Yah je..baik sejak Form 4 kalau tak salah la,entah,lupa ! hehee..dia ni okay tapi kadang-kadang mulut mu kecoh gila kan & perangai dia sangatlah bengong okay.AHAHAHA.kalau suka memang tak boleh lawan sampaikan aku sendiri rasa nak tergelak dengar dia suka :P err nak cakap apa lai ek? sekian,terima kasih.

Nurul Fatin Syahida.

huh ! dah letih gila ni update blog dari tadi lagi tapi takpe la  :-)  sekarang,jom cakap pasal minah ni pulak,aku & the geng panggil atin je or tin lebih pendek :P dia ni okay,dulu aku dengan dia jadi tak rapat kejap sebab dia tukar sekolah,pernah la cam tak bertegur pe sume tapi alhamdulillah masih lagi berkawan sampai sekarang.tapi bila dia marah,hhm habislah ! gerun dibuatnya.dia ni bila tak suka orang tu,tak suka la,no mercy :P tapi best kawan dengan dia sebab dia ni gila-gila,suka buat lawak.sekian,terima kasih.

HAHA gambar lama :P

Hasrieta Asyikin.

nama ayu gila tapi syikin ni agak brutal.HAHA.kawan sejak Form 1 lagi tapi bila Form 2 baru kamcengg ! dia ni pun satu,nak sound,sound je.isk isskkk kawan-kawan aku semuanya direct-sound ! HAHAHA.tapi aku suka kawan dengan mereka,satu sebab tu ngam la kan,kedua sebab tak berkira,nak mintak tolong pape senang,ni baru kawan.  :-)  bila balik je mesti jumpa,kawan selamanya okay? sekian,terima kasih.

Haslinda Anira.

kami panggil dia Linda ! dia yang mereka cipta nama THE BDYNX,aku rasa la dia ni memang kreatif kot bab-bab mereka cipta nama,nama EHEM EHEM pun dia yang reka :D aku suka kawan dengan dia,dia baik.tapi sekarang dah lama gila tak jumpa dia,dia ada sedikit masalah tapi sekarang dia dah balik belajar so bila la lagi ekk kita nak jumpa? hukss ! dia ni seoarang yang tak suka bermuka-muka,dia tak suka dia terus-terang,tu yang aku suka.habis-habis sound,sindir,mu la tu kan? hehee..dia tak suka ambik tahu hal orang & if dia tahu something,mesti dia cakap kat aku yang 'dia malas ambik tahu'.dia tahu benda tu tapi lebih suka ambik sikap buat bodo je..nak jumpa please? lama gila dah tak jumpa  :(

16 November 2011

NurFaridah Aini.

ni 'adik' aku kalau nak diikutkan sebab dia lahir tahun 1994 tapi disebabkan kepandaian otak dia,dia langkah kaki masuk tahun 1993 ! heheee..dia ni sangat manja orangnya tapi first time tengok dia mengamuk,aku cam 'Ya Allah,ni dia ke' bayangkan habis meja,kerusi dia lingkup ! ciss kau memang brutal kawan.HAHA.tu la jangan ingat orang perempuan ni lemah,bila dia tunjuk aksi HULK dia,ambik kau ! HAHAHA.dia ni okay,baik walaupun kadang-kadang keras kepala tapi dia okay.dulu masa Form 1 tengok aku tak pernah nak senyum,yelah,aku tahu siapa diriku ini tapi sekarang? HAHA.dah jadi BFF lak  :-)

Safawati.

ni pasal safawati tapi panggil saa jee..masuk sekolah aku masa Form 4,tapi masa tu tak rapat lagi,baik hanya sekadar classmate saja kan babe then masuk Form 5 kami jadi baik tak tahu kenapa,mungkin aku & dia ngam kot,sangat sekepala dengan sikap gila-gila dia tu.dia okay,baik je.kalau aku bermasalah,bosan,nak bantuan,pernah cari dia,dia pun camtu,kata kawan kan.aku suka sangat tengok kulit dia,putih tu satu,muka licin takde pape,waaa sangatlah jealous okay saa ! HAHA.betul lah orang cakap kawan tu kena ada 'chemistry' kan? tengoklah aku,kenal tak lama mana tapi boleh jadi satu geng dah,boleh share masalah sesame sebab chemistry tu ada.so,mintak-mintak persahabatan kita ni kekal okay saa?  :-)

NurEzzati Mahirah.

hello ! FYI nama minah ni kan sejak daripada sekolah lagi aku memang tak sure eja dia cane -.- double Z or double T? -.- errkkk ignore jelah ! rapat sejak form 1 sampai sekarang ! seorang yang gila-gila,kata THE BDYNX kan,kalau tak 'gila' bukan BDYNX la namanya ! :P  dia ni sometimes bagi aku agak 'panas' ler,hoii kawan,kena belajar control okay ! jangan cepat melenting sangat,kena sabar jugak ! hikhik.aku dengan dia ni suka jalan kaki,kalau nak exercise,pergi rumah dia la sebab rumah dia kat bandar so bila nak gi mana-mana kami jalan kaki je ! AHAHA.patut la mu kurus kan? tssk tssskkk jealous jealous ! -.- sayang sama kamu dongg !  :-)

Tun Norsyahira.

ni lagi sorang ! teman sekepala & sangat gila-gila orangnya,tu la tak kenal maka kita tak tahu kan? erkk -.- cam pelik je ayat aku,HAHA.kenal dah lama dah,sejak Form 1 lagi tapi tak pernah rapat pun dulu,aku ingatkan dia sombong dulu sebab orang comel so memang tak rapat,jumpa pun kadang-kadang tak senyum tapi takdir Allah sape tahu kan,aku jadi kawan dia,hah ! ambik kau,sekarang nak lepak cari dia,bosan pun kadang-kadang text dia ! dia ni dulu aku ingatkan pendiam,lemah lembut tapi bila kenal baru aku tahu,seorang yang sangat bengong.HAHAHA.memang tak sangka gila la minah ni camtu,dia ni cam Amy la,tak suka orang tu,sound jeee -.- memang ngam dengan dia,family dia pun okay gila.sporting habis kot ! :-) kalau dia balik,ada jugak pergi lepak rumah dia,memang tak sangka la akan jadi baik dengan dia.minah ni pun ramai orang nak,kalau gi mana-mana je mesti ada yang berkenan,tuisyen? kem? mesti ada punya mintak nombor tapi tu lah,dia tak layan  :(  hihihii  :-) suka kawan dengan diaaaa !

ArmiAzira Alias.

okay,sekarang nak cakap pasal dia ni lak,tak perlu la nak introduce nama,dah ada kat atas.hekhek.rapat start form 4 sampai sekarang ! dia ni okay je cuma sedikit sensitif,pernah je gadoh.HAHA.masing-masing tak nak ngaku salah sampai siap sindir-sindir dalam facebook bagai LOL -.- tu lah sikap yang tak matang dulu tapi sekarang kami dah jadi BFF lagi ! hehee..dia ni okay je,tak suka ambik tahu hal orang lain sangat sopan,ayu,lemah lembut orangnya & sangat lawa orangnya,ramai lelaki try nak tackle dia tapi sayangnya awek orang ! :P HAHA.dia ni suka pot pet pot pet kat aku bila aku suka tengok cowok gantang ! LOL -.- tapi aku gelak jelah,dah nak buat canee,sekali sekala cuci mata ! HAHAAHAH.dia ni suka membebel,sama cam Amy la & aku selalu jugak kena -.- tssk tsssk kesian aku  T.T  tapi dia baik,suka kawan dengan dia,cam aku kata sebelum ni la,semua BFF aku,semua aku cari bila bermasalah,semua aku cari bila bosan,semua aku cari bila rindu.THE BDYNX ! kaangan donggg !  :-)  sekian,terima kasih.

Nor Ameliana Mohamad.

assalamualaikum & hello.aku bosan lagi ni jadi cam biasa la kerja aku bila dah tak tahu sangat nak buat apa,ni la kerja aku.hekhek  :-)  now aku nak cakap pasal BestFriend aku yang sorang ni,Amy.kenal since form 1 tapi Form 3 baru betul-betul baik,dulu cam baik cam gitu-gitu je.tapi entah,kadang-kadang aku rasa beruntung sangat dapat kawan cam dia ni,dia memang ngam gila dengan aku,bukan kami tak pernah gaduh,terasa hati dengan sikap masing-masing tapi cam yang pernah aku cakap sebelum ni,persahabatan ni masih lagi boleh berjalan dengan baik & mintak-mintak sampai bila-bila la kan? Amin.satu sikap dia yang aku suka,dia boleh 'go-on' dengan sesape je or boleh aku kata mesra alam? hekhek.tak cam aku,bila rasa nak buat mesra alam baru mesra,kalau tak,buat bodo je,buat malu la & macam-macam lagi la sikap aku.HAHA.dan bila aku mintak pendapat dia,pandangan dia tu memang aku boleh kata 'okay,boleh pakai'.nasib aku dengan dia kadang-kadang pun cam sama je,bila sembang-sembang kan,apa yang aku & dia cakap tu cam ada pandangan yang sama,tu yang buat aku rasa,aku ngam sangat dengan dia.apa yang boleh aku kata,dia baik.untung sape dapat dia.memang untung sangat,bukan sebab aku kawan dia,aku kata camni,tak tapi tu apa yang aku perhatikan daripada sikap dia,dia sangatlah bertangungjawab okay,boleh berdikari sendiri,pendek kata boleh jadi harapan orang la.errrrkk aku ni promote kawan baik sendiri ke? hihihiii :D dia selalu bagi aku kata-kata semangat kalau bab 'dia' yang selalu buat aku rasa cam arghhh ! -.- Amy la yang selalu bagi kata-kata perangsang kat aku then lepas tu aku okay balik.teman senang memang ramai woii tapi teman susah?aku ni ramai BFF semua geng aku,erkkk THE BDYNX ni BFF aku tapi Amy ni cam lebih rapat la  :-)  ohh and satu lagi yang aku suka sangat dia ni sangatlah hormatkan orang tua.memang aku salute habis sebab walaupun mulutnya agak bangang kadang-kadang aku rasa tapi dia hormatkan orang,mulut memang tak boleh bla la minah ni,tak suka orang tu,terus sound je ! ishhh sometimes aku lak yang tegur dia,yelah,hati orang kena jaga jugak kan? -.- tapi tu lah,sekasar-kasar mulut dia,dia baik.aku rasa sangatlah beuntung dapat jadi kawan dia.erkkkk nak cakap apa lagi ekk pasal dia ni? aku rasa tu jelah kot ! sekian,terima kasih.

15/11/2011

assalamualaikum ! tengok tajuk aku tu memang dah takde idea nak tulis apa -.- err petang semalam aku dengan classmates pergi Giant sempena jamuan kelas kami ! ingatkan nak buat BBQ tapi tengok cuaca sekarang memang tak la kan nak buat BBQ -.- lagi satu takde sape nak handle ! so,kat Giant semalam kami pergi Pizza ! aku sebenarnya ada fakta yang perlu diketahui,aku jarang pergi makan kat Pizza ! beli bawak balik rumah adalah so aku tak tahu Pizza mana yang best and blablabla ! aku telan je :P hekhek semalam bil semua sekali 200++ makan Pizza ! memang kenyang gila perut ni walaupun makan 3 keping je -.- lepas makan Pizza kami pergi karok ! heheee best gila ! aku ni dah la lama tak karok dengan tun & irah so bila karok semalam rasa cam buang tabiat lak :P ambik bilik VIP tapi duduk belas-belas dalam tu sedangkan maximum dia 10 orang sahaja ! HAHAHA bayangkan cane kami duduk dalam tu? semua orang yang lalu depan bilik aku & the geng duduk mesti tengok pelik je HAHA tapi still boleh enjoy lagi  :-) nyanyi lak hampir 90% kot lagu jiwang,HAHA aku ingatkan budak-budak tu tak layan jiwang tapi jiwang jugak rupanya :P dalam pukul 6 camtu baru sudah karok then aku balik kat-kat kul 7 tapi memang best gila lepak ngan korang 6BK3 !  :-) aku post gambar jelah ekk,dah tak tahu nak cakap apa dah  :D

meet my classmates ! :D

15 November 2011

apa yang ada dengan untung?

HAHAHA.2,3 hari ni aku suka sangat dengan ayat 'untungla' and aku tak tahu kenapa :P buang tabiat agaknya ! so,mereka yang ada di sekeliling aku,sabar jelah ekhh -.-

saya sayang mereka ! tanpa mereka saya rebah !

part 2 coming soon ! heheee  :-)

08 November 2011

Dirt Nasty Ft. LMFAO - I Can't Dance (Official Video) + Lyrics

lagu ni memanggggg bodoh gilaa HAHAHAHA

there is a story behind this ! :D

hello ! tengok tak gambar kat atas,tahu apa? HAHA lek aa sajee je tanya soalan bangang dalam blog ni :P ada cerita di sebalik topup ni tapi aku TERamat-amat-amatlah malas nak cerita.HAHAHA.nanti kalau cerita orang panggil aku bangang,bengap,bongok balblablaaa HAHAHA :DD so,baik tak payah cerita kan? :P satu je yang aku nak cakap,topup ni akan aku jual balik,hehe..okayy,assalamualaikum ! :-)

it's tuesday !

asalamualaikum & hello.hari ni bangun pagi-pagi,cuaca okay gila kan.dah okay tambah lagi dengan mood aku yang okay ! waaahhh what a nice dayy la :) so hari ni aku nak buat aktiviti-aktiviti ni ! :DD

  • study BM & PA :D
  • kemas bilik ! -.-
okayyy,now nak layan movie kejap.bobyeee !

07 November 2011

memories :')